SEKIRANYA PM AKAN DATANG ADALAH DARI KALANGAN BUKAN MELAYU !!! APA KATA DR RIDHUAN TEE ??? WAJIB BACA !!!
Assalamualaikum untuk renungan semua.
SEKIRANYA PM AKAN DATANG ADALAH DARI KALANGAN BUKAN MELAYU !!! APA KATA DR RIDHUAN TEE ??? WAJIB BACA !!!
Saya sebenarnya sudah malas untuk menulis dalam akhbar Utusan/Mingguan
Malaysia.Keluar sahaja artikel,saya terus diserang.Tetapi bila akhbar
ini diserang sedemikian rupa oleh ultra kiasu,malas atau
tidak,terpaksalah juga saya tampil,bukan membela,tetapi berkata
benar.Isu bukan Melayu sebagai Perdana Menteri bukan hari ini
dibangkitkan oleh parti ultra kiasu.Tetapi sejak dahulu lagi.Cuba
saudara pembaca buat kajian kenyataan demi kenyataan parti anti Melayu
dan anti Islam ini sejak dahulu lagi.Bermula daripada ucapan-ucapan
mereka dalam kempen pilihan raya umum (PRU) 1969,sehingga berlangsungnya
PRU 1969 pada 10 Mei,diikuti perarakan kemenangan ultra kiasu di Kuala
Lumpur 12 Mei,seterusnya membawa tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 dan
selepas itu.Saya tidak ingin mengungkap lagi apa yang telah
berlaku.Biarkan sejarah berlalu.Tetapi provokasi mereka amat
melampau.Saya menyeru kepada semua pembaca meluangkan masa membaca buku
sejarah Peristiwa 13 Mei 1969 dalam pelbagai versi.Antaranya tulisan Goh
Cheng Teik (1971),Leon Comber (1985),Tunku Abdul Rahman (2007) dan
lain-lain lagi.
Kata-kata seperti “Melayu sudah jatuh”,“Kuala
Lumpur sekarang Cina punya”,“Ini negeri bukan Melayu punya”,“kita mahu
halau orang Melayu” dan kata-kata seumpama itu adalah perkara biasa yang
sering diulang-ulang sesama mereka hari ini.Saya bukan mahu
mengapikan.Tetapi inilah bukti bagaimana sikap ultra kiasu tidak pernah
berubah.Pada saya yang baik itu,baiklah.Perlu disokong.Namun,bila tiba
bahagian mungkar,maka perlu ditolak.Hari ini mereka nampak lembut
terhadap Islam dan Melayu sebab mereka inginkan kuasa.Apabila kuasa
telah diperolehi nanti,rasalah akibatnya.Maklumlah mereka bukan sahaja
mendapat sokongan dalaman,tetapi juga luaran,terutama pulau kecil di
selatan tanahair yang sentiasa mengikuti perkembangan politik di negara
kita.Menunggu masa sahaja untuk bertindak.Apakah kita masih buta?
Pemimpin-pemimpin mereka selalu berulang alik ke sana mencari dan
memberi maklumat.Ultra kiasu anak beranak itu cuba mempertahankan
pengerusinya dengan merujuk kepada perlembagaan yang menyatakan bahawa
jawatan PM terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Namun, katanya,
berdasarkan realiti politik selama ini, perdana menteri Malaysia akan
tetap seorang Melayu.
Ya,saya tidak nafikan, tetapi jagalah
adab-adab bila berbicara.Tidakkah kita tinggal di negara sebelah
timur.Bila bercakap, berlapik kerana ini menyentuh sensitiviti orang
lain.Sama seperti isu perkataan ‘pendatang’.Perkataan ini amat
sensitif.Kenapa tidak ada lagi orang Melayu yang bercakap menggunakan
perkataan ini? Kerana ingin menjaga hati orang lain.Inilah adab-adab
yang perlu kita belajar.Saya cadangkan parti ultra kiasu ini
menganjurkan kursus kepada ahli-ahlinya.Kalaupun tidak ramai boleh
berbahasa Melayu atau masih gagap,sekurang-kurangnya belajar menjaga
sensitiviti kaum lain, terutama bangsa majoriti.Isu bukan Melayu menjadi
Perdana Menteri amat sensitif kepada Melayu kerana ini adalah tanahair
tumpah darah mereka kerana setiap bangsa ada tempat tumpah darahnya.
Apakah kita masih tidak sedar? Kecualilah kalau kita masih terpengaruh
dengan pemimpin ultra kiasu Singapura yang sudah tua itu. Beliau pernah
berkata: Mengikut sejarah katanya orang-oranng Melayu telah mula
berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang kecil,cuma kira-kira 700 tahun
yang lalu.Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari
ini,kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah pendatang-pendatang
baru seperti Setiausaha Agung Umno,Dato’ Syed Jaafar Albar,yang telah
datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia
lebih daripada 30 tahun. Dari itu,adalah salah dan tidak logik bagi
sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa mereka adalah lebih
adil dipanggil rakyat Malaysia dan orang lain boleh menjadi rakyat
Malaysia hanya dengan kegemaran mereka.Utra kiasu itu berkata
lagi,beliau dapat menyusun-galur nenek moyangnya sehingga 100 tahun di
Singapura.Beliau menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu adalah
Bumiputera Gugusan Pulau-Pulau Melayu (Lee Kuan Yew, 1965; Flether,
1969).
Saya yakin ramai ultra kiasu masih terpengaruh dengan
kata-kata ultra kiasu tua itu.Saya tidak nampak Utusan bersikap tidak
beretika dan tidak bertanggungjawab dalam melaporkan berita.Jika tidak
benar,samanlah.Utusan tidak boleh asyik nak mengalah sahaja di kala
orang lain terus menyerang.Mereka juga harus bertindak seperti akhbar
Rocket,Suara Keadilan dan Harakah.Pemimpin ultra kiasu berkata,"Apabila
DAP muncul di muka depan Utusan, ia pasti berita buruk/ masalah politik
kerana ia gaya putar belit mereka." Persoalan saya, apakah Umno atau
Barisan Nasional mendapat liputan yang baik di muka hadapan
akhbar-akhbar mereka? Tidak juga. Jadi,sebenarnya, mengata orang dia
yang lebih.Saya berpegang kepada prinsip,“kita tidak akan menyerang jika
tidak diserang.Tetapi kita tidak akan menyerang, tanpa tentangan”.
Menurut ultra kiasu,Utusan sengaja mencipta "isu yang tidak wujud" demi
kepentingan politik dan berkempen menakut-nakutkan orang ramai, seperti
"fitnah" bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jika Umno
tumpas, Melayu akan hilang kuasa politik.Pada saya,bukti sudah jelas di
depan mata,apa yang terjadi kepada Melayu di Singapura apabila ultra
kiasu memegang kuasa.Terbelakah orang Melayu.Ada atau tidak,Melayu
menjadi presiden Singapura selepas itu? Begitu juga kedudukan Melayu
dalam jawatan berkaitan strategik dan keselamatam seperti perkhidmatan
polis,tentera,pilot,imigresen dan sebagainya.Janganlah buat tidak tahu.
Perancangan busuk ultra kiasu sudah termaktub dalam sejarah.Lepas ini
mungkin ada yang berkata dalam blog saya,ada yang terasa nak murtad
apabila membaca pandangan saya.Saya tidak boleh berbuat apa-apa.Saya
hanya berkata benar.Jika ada yang mahu murtad disebabkan pandangan dan
hak saya untuk bersuara,saya serahkan kepada Allah SWT. Tetapi saya
tidak boleh berdiam diri melihat sahaja perancangan jahat orang lain.
Kenyataan balas pengerusi ultra kiasu dibuat semata-mata strategi untuk
menarik orang Melayu menyertai mereka setelah Tunku Abdul Aziz keluar
parti. Kepada orang Melayu berada dan yang menyertai parti ultra kiasu
ini, insaflah. Banyak lagi parti lain yang matlamatnya lebih jelas
daripada parti ini.Pada saya,jika benarpun dari segi undang-undang,tidak
perlu bercakap,kerana ia menyakitkan orang lain.Apakah mungkin
Singapura berperdanamenterikan Melayu walaupun perlembagaan negara
tersebut tidak menetapkan bangsa Cina sahaja yang akan menjadi perdana
menteri? Apakah peluang tersebut akan diberikan kepada Melayu? Jauh
panggang dari api.Saya bukan membela Utusan atau membela Umno.Ada
beberapa perkara yang saya tidak boleh bersetuju.Tetapi itu bukan
bermakna kita boleh biarkan sahaja mereka diserang.Yang
baik,sokonglah,yang salah,saya tolak.Tetapi ultra kiasu ini tidak
sedemikian, termasuk ultra kiasu Melayu,buat baik,salah,buat jahat,lagi
salah.Semua jadi serba salah.Inikah ciri orang bertamadun?
Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Ketua Jabatan, Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
No comments:
Post a Comment