Saturday, February 18, 2012

Murtad




Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh kepada para-para pembaca sekalian...Syukur kepada Allah s.w.t,dengan izinnya saya dapat menambahkan lagi isu2 yang menarik kedalam blog saya ini..Isu2 akan saya utarakan ini merupakan isu yang sering melanda kepada umat Islam masa kini iaitu Murtad.

Murtad bermakna kembali setelah Islam. Ijma’ ulama’( yang disepakati oleh sebahagian ulamak Islam) menyatakan bahawa seseorang Muslim yang ingkar kepada apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah adalah murtad; iaitu kafir setelah Islam kecuali jika dia benar-benar jahil. Tetapi sekiranya diberitahu dan ditegakkan hujjah namun dia masih tetap dengan keingkarannya maka dia dihukumkan dengan kufur dan murtad.



Dalam al-Quran sendiri ada merakamkan tentang2 orang yang murtad,


 
وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُوْلَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ.
  Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (Islam) lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya. [al-Baqarah 2:217]
 
Dengan ayat2 yang terdapat di dalam al-Quran tersebut,kita dapat mengetahui bahawa bahawa barangsiapa  yang berpaling daripada agamanya(Islam) tidak akan ada tempat lain baginya di akhirat kelak selain daripada neraka..Jadi oleh itu kita sebagai umat Islam haruslah cuba untuk membantu serba sedikit dalam membendung gejala murtad yang kian berleluasa ini mudahan2 usaha kita ini dapat membawa manfaat kepada mereka yang telah terlanjur melakukan perkara2 yang dimurkai Allah s.w.t,Sesungguhnya pintu taubat kepada mereka yang telah melakukan dosa besar seperti ini(murtad) masih terbuka sekiranya mereka masih bernyawa...
Gejala murtad yang sering berlaku pada masa kini menyebabkan para-para agamawan   bersama-sama menentang gejala murtad ini.Antara yang saya kenali adalah mufti perak T.Sri Harussani Zakaria..Dibawah adalah video mengenai gejala murtad yang berlaku pada pandangan beliau.
Tidak kurang kurang juga ,ada beberapa persatuan yang ditubuhkan di Malaysia untuk memberi kesedaran kepada umat tentang gejala ini seperti HIMPUN..
 

Tuesday, February 7, 2012

CINTA DAN ASABIYAH



Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah: “Adakah termasuk perbuatan asabiyyah apabila seseorang itu mencintai bangsanya?” Rasulullah menjawab: “Tidak, tetapi asabiyyah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman”. (Direkod oleh Abu Daud dan Ibnu Majah)

Dalam kesempatan yang lain, Rasulullah berkata kepada umat Islam tentang “sebaik-baik manusia” adalah yang menolong bangsanya untuk berjaya. Hadis ini direkod oleh Imam Abu Daud dalam buku Al Adab dari sahabat Syuraqah Bin Malik:

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang membela kaumnya selama tidak terlibat dalam perkara dosa”
Makna yang sama dikuatkan lagi ketika seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah tentang hukum membantu kezaliman yang dilakukan oleh bangsa sendiri. Imam Al Bukhari merekodkan dalam bukunya Adabul Mufrad dengan tajuk “Cinta Seseorang Kepada Kaumnya” kisah di bawah:

Seorang wanita yang dipanggil Fusailah berkata: “Aku mendengar ayahku bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, apakah termasuk asabiyah apabila seseorang membela kezaliman yang dilakukan oleh kaumnya?” Rasulullah menjawab: “Ya”.

Dalam hadits diatas menunjukkan para sahabat memahami bahawa menolong kaum sendiri merupakan sebuah tuntutan agama sehingga mereka terfikir apakah membela bangsa sendiri dalam perkara kezaliman juga dituntut oleh Islam. Tetapi mereka diingatkan oleh Rasulullah bahawa menolong dan membela bangsa atas sesuatu kezaliman merupakan perkara yang dilarang dan ia disebut sebagai asabiyah.

Kerana menolong kaum sendiri dalam perkara kemaksiatan dan dosa adalah perbuatan haram, yang dimisalkan oleh Rasulullah dengan sebuah analogi yang cukup menarik:

“Perumpamaan orang yang membela kaumnya atas kesalahan ialah seperti seekor unta yang terjun ke dalam sumur sedang ekornya ditarik keluar” (Direkod oleh Ahmad)

Wednesday, February 1, 2012

Tips Memilih Wanita Idaman

Wanita yang solehah sentiasa menjadi idaman setiap lelaki yang beriman.

Tidak semua orang dapat memilih hidupnya sesuai dengan keinginannya.Kadangkala ia memperolehi isteri jauh daripada harapannya yang sebenarnya.Mungkin sahaja ia salah dipilih atau memang  jodohnya telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T dengan pasangannya itu.Tetapi ramai juga orang yang pandai menyesuaikan diri dengan pasangannya itu walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita yang diidamkannya.

Ciri-ciri calon isteri pilihan:

1.Wanita Yang Solehah:
-Matlamat utama dalam memilih isteri ialah insana yang solehah.Isteri yang solehah akan memberikan kesan kepada suasana kehidupan rumah tangga yang soleh,harmoni,bahagia,serta berupaya melahirkan anak yang soleh dan solehah.Berpegang teguh kepada tuntutan agama,dan menunaikan tanggungjawab dengan baik,sperti pandai melayan suami,mendidik anak2 dan menguruskan rumah tangga.

2.Wanita Yang Boleh Melahirkan Anak:
-Islam menggalakkan para lelaki memilih wanita-wanita yang tidak mandul.Ia bermaksud untuk     mengelakkan diri daripada berlaku sebarang perselisihan pada masa depan.Biasanya manusia sama ada lelaki mahupun perempuan menginginkan zuriat bagi menyambung keturunan mereka.

3.Wanita Yang Bukan Keluarga Terdekat:
-Islam tidak menggalakkan para pemuda mengahwini wanita daripada keluarga yang terdekat seperti sepupu.Ini kerana biasanya,perkahwinan yang melibatkan antara keluarga terdekat akan melahirkan anak2 yang lemah.Pendapat ini dikemukakan oleh Imam Syafie dan ramai ahli psikologi moden.

4.Wanita Yang Berakal:
-Para pemuda digalakkan juga memilih wanita yang berakal sebagai calon isteri.Kerana wanita yang berakal akan dapat membantu mempermudahkan rumahtangga menjadi bahagia dan diredhai Allah.Mereka akan mudah memahami dan tidak merunsingkan suami dengan sikap yang penuh tanggungjawab.