Tuesday, January 24, 2012

Suami Yang Diingini Wanita

Setiap suami perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu agama yang sempurna agar dapat membimbing isteri dengan baik

Ajaran Islam memberi jaminan dan berusaha melayani kebahagian bagi kaum wanita,kerukunan hidup berkeluarga dan memberikan hak-hak penentuan bagi kaum wanita untuk menerima atau menolak calon suami yang bakal menjadi pendamping hidupnya.Kerana kehidupan berumah tangga tidak boleh didirikan atas dasar paksaan.Cinta,kasih sayang dan rahmat Allah tidak akan diperolehi,jika perkahwinan itu dilandasi atas hal demikian.

Penghargaan Islam terhadap kaum wanita dari segi lain ialah membolehkan kaum wanita untuk menawarkan dirinya untuk disunting oleh lelaki yang berbudi luhur,yang ia yakini pengamalan terhadap agamanya,serta kejujuran dn amanahnya jika menjadi suaminya.Sikap yang sdemikian itu tidaklah dilarang kerana ia semata2 bertujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah serta pahala daripadaNYA.Tidak kira sama ada permintaannya diterima atau tidak.Sheikh Abdul Aziz Abdur Rahman Al Musnad Khalid bin Ali Al Anbari menjelaskan:"Islam mengankat darjat tertinggi dan suci dan mengadakan kemajuan dan unik dalam sejarah umat manusia seluruhnya.Ia memberikan nilai2 luhur,hak dan kewajipannya dijamin,kedudukan dan jaminan-jaminannya ditetapkan.Lalu diberikan garis2 hidup yang mulia,mudah dan lapang,tidak berliku,tidak berat dan sukar.

Salah satu penghargaaan dan kemajuan yang dapt dirasakan iaitu ia boleh menawarkan dirinya untuk disunting oleh lelaki yang dipandang baik dan soleh,yang dapat hidup dalam kebaikan dan kemuslahatan.Ini bukanlah bermaksud menyuruh kaum wanita itu melepaskan rasa malu dan menanggalkan harga dirinya.Tetapi apa yang dimaksudkan dengan menawarkan dirinya itu ialah kepada orang yang tahu menghargai tawaran itu,diharapkan akan mengsyukurinya;dan tidak boleh keluar dari ketentuan2 syariah.

Ia diberi kesempatan melepas rindunya ke ufuk yang tinggi,memilih hamba2-nya yang baik dan soleh.Kalau mereka berkenan menerimanya,itulah yang merupakan keinginan yang dalam,kalau tidak tentu tidak akan menolaknya dengan kasar dan sombong”

Itulah salah satu kesempatan baik yang luhur dan mulia yang diberikan oleh Islam kepada kaum wanita untuk memilih calon suaminya yang berkenan dalam kalbunya.Meskipun perbezaannya tetap ada,tidak terlalu mudah menawarkan dirinya seperti kaum lelaki.Ia diberi hak yang sama dengan kaum lelaki untuk memilih calon suami yang sesuai dengan hasrat hatinya,dengan syarat tidak meninggalkan aturan agama dan akhlak.

Jadi jelaslah bahawa wanita juga dibolehkan oleh agama untuk menawarkan dirinya supaya dinikahi oleh seorang lelaki.Dengan syarat lelaki yang dilihatnya itu adalah lelaki yang taat terhadap ajaran agama.Adapun wanita menawarkan dirinya kepada seorang lelaki kerana menginginkan harta,pangkat dan lainnya yang bersifat duniawi,maka wanita tersebut merupakan  wanita yang rendah agama dan akhlaknya
Lelaki yang beragama bukanlah bererti setiap orang telah tamat dari mana2 sekolah agama.Tetapi yang dimaksudkan disini ialah orang yang mengamalkan ajaran agama serta menjadikannya sebagai pakaian dalam kehidupannya sehari-hari.Sebagai salah satu contoh dari wanita yang memilih calon suaminya adalah Hindun,Ibu Muawiyah bin Abu Sufian,ketika ia akan dipinang oleh dua orang pemuda dari kaumnya.Ketika itu ia ditanya oleh kedua orang tuanya mengenai penilaian terhadap kedua pemuda yang hendak meminangnya itu.

Sebelum Hindun menentukan pilihan,ia menanyakan peribadi dan sifat kedua pemuda itu.Kemudian kedua orang tuanya menjelaskan: “Salah seorang di antaranya kaya raya,hidupnya serba mewah.Bila engkau mengikutinya ia akan mengikutimu.Bila engkau menyimpang darinya,engkau akan direndahkan.Engkau boleh menguasai keluarga dan hartanya.Sedangkan yang kedua,orangnya kaya,terpandang dan pandai dan keluarganya orang yang terhormat”.

Mendengarkan penjelasan orang tuanya itu,Hindun sudah dapat menilai sifat peribadi masing2,lalu ia berkata: “hai ayah,orang yang pertama sifatnya suka menghambur-hamburkaan harta dan mensia-siakan isterinya di bawah kekuasaaannya.Apabila ia punya anakk,maka anaknya bodoh dan penakut.Sedangkan yang kedua,orangnya boleh menjadi suami dari seorang gadis suci,merdeka dan cergas.Aku setuju jika dikahwinkan dengan orang tersebut,maka aku memilihnya.” Akhirnya Hindun dikahwinkan oleh ayahnya dengan pemuda yang bernama Abu Sufian,atas pilihannya sendiri.

Suami bersifat manja menyerupai kelakuan kanak-kanak,kerana pendidikan dan pertumbuhan yang dilaluinya tidak mungkin untuk membiasakan diri berdikari dan mengambil keputusan tentang pelbagai masalah.Maka ia selalu bergantung kepada ibunya atau keluarganya dalam memennuhi keperluannya.

Apabila orang yang sperti ini berkeluarga,maka ia akan menuntut supaya ia dapat bergantung kepada isteri dalam memenuhi keperluannya,padahal sifat isteri berbeza dari sifat ibu.Perkahwinan adalah kerjasama antara suami isteri dan sama2 memikul tanggungjawab.

Inilah puncanya mengapa seorang isteri itu selalu marah terhadap suami,yang dapat merosakkan hubungan antara mereka.Suami yang bersifat seperti ini tidak dapat mengambil keputusan tentang tanggungjawab keluarga,misalnya tidak dapat melakukan peranan yang positif sebagai pemimpin rumahtangga,terutamanya dalam masalah pendidikan anak2.Dengan demikian,ia akan menjadi beban bagi isterinya.

Suami yang menjadi idaman wanita iaitu suamii yang soleh yang tahu akan tanggungjawabnya sebagai pemimpin dalam rumah tangga.Membimbing anak2 dan isteri ke jalan yang diredhai Allah.Memberikan nafkah kepada mereka dengan cara yang halal serta memberikan kasih saying secara sempurna.

Tuesday, January 3, 2012

Promosi Pakaian Wanita Dari Koleksi Naz

Terdapat Selendang,Tudung,dan Aksesori Wanita yang Terkini  



Para Pembeli Sedang Meneliti Barang-barang yang Hendak Dibeli di Koleksi Naz
Sesiapa yang berminat dengan barangan yang terdapat di Koleksi Naz ini silalah kunjungi kedai kami di Greentown Ipoh,Perak atau hubungi empunya kedai iaitu:
                                           Nazleen Zahar:019 5633250

Mudahan-mudahan dengan kunjungan atau pembelian tuan/puan daripada  Koleksi Naz ini dapat membantu serba-sedikit perniagaan yang kami ini lakukan,InsyaAllah.