Saturday, February 18, 2012

Murtad




Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh kepada para-para pembaca sekalian...Syukur kepada Allah s.w.t,dengan izinnya saya dapat menambahkan lagi isu2 yang menarik kedalam blog saya ini..Isu2 akan saya utarakan ini merupakan isu yang sering melanda kepada umat Islam masa kini iaitu Murtad.

Murtad bermakna kembali setelah Islam. Ijma’ ulama’( yang disepakati oleh sebahagian ulamak Islam) menyatakan bahawa seseorang Muslim yang ingkar kepada apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah adalah murtad; iaitu kafir setelah Islam kecuali jika dia benar-benar jahil. Tetapi sekiranya diberitahu dan ditegakkan hujjah namun dia masih tetap dengan keingkarannya maka dia dihukumkan dengan kufur dan murtad.



Dalam al-Quran sendiri ada merakamkan tentang2 orang yang murtad,


 
وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُوْلَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ.
  Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (Islam) lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya. [al-Baqarah 2:217]
 
Dengan ayat2 yang terdapat di dalam al-Quran tersebut,kita dapat mengetahui bahawa bahawa barangsiapa  yang berpaling daripada agamanya(Islam) tidak akan ada tempat lain baginya di akhirat kelak selain daripada neraka..Jadi oleh itu kita sebagai umat Islam haruslah cuba untuk membantu serba sedikit dalam membendung gejala murtad yang kian berleluasa ini mudahan2 usaha kita ini dapat membawa manfaat kepada mereka yang telah terlanjur melakukan perkara2 yang dimurkai Allah s.w.t,Sesungguhnya pintu taubat kepada mereka yang telah melakukan dosa besar seperti ini(murtad) masih terbuka sekiranya mereka masih bernyawa...
Gejala murtad yang sering berlaku pada masa kini menyebabkan para-para agamawan   bersama-sama menentang gejala murtad ini.Antara yang saya kenali adalah mufti perak T.Sri Harussani Zakaria..Dibawah adalah video mengenai gejala murtad yang berlaku pada pandangan beliau.
Tidak kurang kurang juga ,ada beberapa persatuan yang ditubuhkan di Malaysia untuk memberi kesedaran kepada umat tentang gejala ini seperti HIMPUN..
 
Kesimpulannya,kita sebagai umat Islam perlu berfikir apa yang perlu dilakukan kepada agama kita ini,jangan kita ini jadikan agama Islam ini seperti cerita di kedai kopi,yang dimana kita hanya pandai bercakap tetapi tidak pernah melakukan apa2 tindakan.Gejala murtad yang sering berlaku di negara ini memaksa kita semua untuk lebih  prihatin terhadap umat Islam masa kini..Mudahan dengan itu perjuangan kita semua akan dirahmati oleh Allah s.w.t dan gejala ini dapat dielakkan dripada masyarakat kita khususnya yang Islam.


 
 

No comments:

Post a Comment