Friday, December 23, 2011

Cara-Cara Mandi Wajib Yang Betul


Mandi junub,iaitu mandi hadas besar,mandi janabah dan disebut juga mandi besar hukumnya adalah WAJIB.Oleh itu, apabila sebab-sebab "mewajibkan mandi" itu berlaku di atas seseorang,maka wajblah ia mandi.

Sebelum mandi junub ini,haram mengerjakan sembahyang,haram memegang Al-Quran dan lain-lain yang juga diharamkan dan dimakruhkan menurut Islam kalau seseorang itu "berjunub" wajiblah mandi.

Untuk melaksanakan Mandi Wajib yang betul,maka marilah kita ikuti cara-caranya sebagai berikut:

a.  Kita ikhtiharkan menghadap kiblat,lalu kita basuh dua tangan tiga kali.Kita basuh kemaluan kita(istinja),kita buang kotoran seperti hingus,mani,mazi atau benda-benda yang menghalangi sampainya air ke badan kita seperti cat,lilin,minyak dan lain-lainya.

b.  Sesudah bersih demikian,kita mengambil wudhu seperti wudhu solat dengan niat: "Sengaja aku berwudhu untuk mandi wajib,sunat kerana Allah Taala.

c.   Sesudah berwudhu dengan lengkap,mandilah dengan ucapan Bismillah kita ucapkan lafaz niat mandi wajib.

d.   Sampaikan air(ratakanlah semua anggota dengan air) dan celah-celahilah dengan jari-jari tangan semua rambut kepala dan janggut kalau berambut panjang dan berjanggut sampai dengan kepada pangkal rambut.

e.   Selanjutnya selahilah jari-jari kaki dan tangan,lipatan perut(pusat), ketiak,dalam dua telinga, bahagian-bahagian antara dua buah punggung,lubang hidung dan lain-lainnya,sehingga seluruh anggota badan rata dengan air.

Kalau mandi di sungai atau di kolam renang lebih dua kolah,menyelamlah sampai dengan tiga kali dengan berniat dan sampaikan air ke seluruh anggota tubuh dan ke dalam rambut yang tebal atau jarang,lepaskan sanggul,dan gosokkan tangan ke seluruh badan.


Sekian adalah cara-cara yang mandi wajib yang betul.Saya harap,saudara atau saudari dapat mempraktikkannya dengan baik.Hal ini adalah kerana,Mandi Junub yang sempurna dapat memastikan amal ibadat yang kita lakukan itu dapat diterima dengan sempurna oleh Allah S.W.T dan bukan sebaliknya.InsyaAllah.

Monday, December 19, 2011

Malaysia Negara Islam


Istilah ‘Negara Islam’ tidak tercatat secara langsung dalam al-Quran dan al-Sunnah.Perbahasan mengenainya hanya dibuat berpandukan kepada ijtihad para ulama mujtahidin(imam Syafie misalnya).Perbahasan ini dibuat bertujuan menentukan kategori sesuatu negara atau tempat yang didiami oleh umat Islam samada bertaraf ‘kampung halaman Islam atau hak umat Islam’ atau ‘kampung halaman kafir harbi’ yang memerangi umat Islam.

Negara2 di dunia ini mengikut penilaian hukum fiqh terbahagi kepada 3 kategori,iaitu:
i)Negara Islam
ii)Negara kafir yang berperang dengan Islam
iii)Negara kafir yang tidak memerangi Islam

Definisi Negara Islam..

Beberapa definisi Negara Islam yang dirumuskan oleh ulama dan cerdik pandai Islam adalah seperti berikut:

i) Muhammad bin Hasan as-Syaibani:“Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang2 Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya”.

ii)Muhammad Abu Zuhrah:“Negara Islam ialah negara yang berada dibawah kuasa pemerintahan   orang Islam.Kekuatan dan pertahanannya dikuasai orang Islam.Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim”

Berpandukan kepada definisi di atas,jelaslah Malaysia adalah sebuah negara Islam.Ianya telah diperkuatkan lagi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan.Peruntukan ini tidak diadakan oleh penjajah,tetapi diusahakan oleh pejuang dan pemimpin negara seiring dengan perjuangan mencapai kemerdekaan.

Jadi sudah terbukti bahawa Malaysia ini adalah sebuah negara Islam, walaupun terdapat beberapa kecacatan dalam institusi pemerintahan Islam yang diamalkan di negara ini.Jadi kita sebagai orang Islam seharus mengisi dan memantapkan lagi apa yang perlu disempurnakan dan bukan menghabiskan masa mempertikainya sahaja..