Wednesday, February 1, 2012

Tips Memilih Wanita Idaman

Wanita yang solehah sentiasa menjadi idaman setiap lelaki yang beriman.

Tidak semua orang dapat memilih hidupnya sesuai dengan keinginannya.Kadangkala ia memperolehi isteri jauh daripada harapannya yang sebenarnya.Mungkin sahaja ia salah dipilih atau memang  jodohnya telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T dengan pasangannya itu.Tetapi ramai juga orang yang pandai menyesuaikan diri dengan pasangannya itu walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita yang diidamkannya.

Ciri-ciri calon isteri pilihan:

1.Wanita Yang Solehah:
-Matlamat utama dalam memilih isteri ialah insana yang solehah.Isteri yang solehah akan memberikan kesan kepada suasana kehidupan rumah tangga yang soleh,harmoni,bahagia,serta berupaya melahirkan anak yang soleh dan solehah.Berpegang teguh kepada tuntutan agama,dan menunaikan tanggungjawab dengan baik,sperti pandai melayan suami,mendidik anak2 dan menguruskan rumah tangga.

2.Wanita Yang Boleh Melahirkan Anak:
-Islam menggalakkan para lelaki memilih wanita-wanita yang tidak mandul.Ia bermaksud untuk     mengelakkan diri daripada berlaku sebarang perselisihan pada masa depan.Biasanya manusia sama ada lelaki mahupun perempuan menginginkan zuriat bagi menyambung keturunan mereka.

3.Wanita Yang Bukan Keluarga Terdekat:
-Islam tidak menggalakkan para pemuda mengahwini wanita daripada keluarga yang terdekat seperti sepupu.Ini kerana biasanya,perkahwinan yang melibatkan antara keluarga terdekat akan melahirkan anak2 yang lemah.Pendapat ini dikemukakan oleh Imam Syafie dan ramai ahli psikologi moden.

4.Wanita Yang Berakal:
-Para pemuda digalakkan juga memilih wanita yang berakal sebagai calon isteri.Kerana wanita yang berakal akan dapat membantu mempermudahkan rumahtangga menjadi bahagia dan diredhai Allah.Mereka akan mudah memahami dan tidak merunsingkan suami dengan sikap yang penuh tanggungjawab.

No comments:

Post a Comment